Thursday, July 7, 2011

ALZHEIMER'S CARE...

entry kali ni aku adakan sebab sebelum ni aku x tau apa maksud "Alzheimer"..and x pernah ambik tau pun....tapi baru-baru ni,aku dapat tahu jugak maksud perkataan tu, lepas aku temankan tok aku ke hopsital besar Penang untuk buat pemeriksaan lanjut..first tu aku ingatkan penyakit alzheimer ni penyakit yang kronik sangat macam kanser...takut and risau jugak la bila doktor aku cakap tok aku ni mengidap penyakit ni....tapi bila doktor terangkan lebih lanjut,baru la aku tau penyakit alzheimer ni sebenarnya penyakit yang kebanyakkan dialami oleh orang tua..iaitu NYANYUK!!...
alzheimer's disease(AD) ialah suatu jenis "nyanyuk" yang paling kerap berlaku dan melibatkan 10% daripada rakyat yang berumur 75tahun ke atas...penyakit ni dikatakan berlaku kerana kehilangan sel-sel otak secara progresif iaitu secara berterusan...kehilangan sel-sel tu disebabkan oleh akumulasi secara luar biasa terhadap perkara-perkara yang tertentu yang berada di dalam sel-sel otak...AD ni boleh mengakibatkan kehilangan daya ingatan secara progresif...daya ingat yang dimasukkan ialah ingatan dalam jangkamasa yang dekat (contohnya benda yang dia buat 15minit sebelum ni,dia akan lupa apa yang dibuat tadi)....kehilangan daya ingatan tu kerap disertai oleh masalah tingkahlaku seperti agresif,keresahan,masalah tidur dan beberapa lagi tingkah laku...


sekarang aku nak bagi 10 tanda-tanda seseorang tu mengalami penyakit AD ni...:-


1) -kehilangan daya ingatan jangkamasa terdekat yang mengganggu kemahiran bekerja...contohnya
     lupa turutan untuk sesuatu kerja...
2) -kesukaran dalam menjalankan tugas-tugas pesakit..contohnya sukar untuk mengira sesuatu angka...
3) -masalah bahasa....contohnya xberapa faham sesuatu bila berbicara..
4) -kurang orientasi..maksudnya susah nak mengecam sesuatu...contohnya susah nak ingat tempat
     dan masa
5) -daya pertimbangan yang lemah atau berkurangan...contohnya susah untuk membuat keputusan   
6) -masalah dengan permikiran abstrak..contohnya sukar untuk melukis, meniru, or mengenal pasti
     sesuatu bentuk
7) -tersalah letak barang-barang...contohnya silap letak dokumen penting..
8) -perubahan dalam perasaan hati dan tingkahlaku...contohnya mudah terasa atau pun mudah
     tersinggung..
9) -perubahan dalam personaliti...contohnya xkisah/xperasan pakai kasut silap or pakai tudung 
     terbalik,baju salah masukkan...
10) -kehilangan inisiatif (kemahuan untuk memulakan sesuatu)...




sekarang ni aku nak bagi tips yang aku dapat dari doktor pakar tentang AD ni....ada 6 tips yang aku rasa berguna la untuk jaga tok or someone else yang ada penyakit ni....


1-wujudkan rutin harian yang mudah diramalkan...
if korang sebagai penjaga kepada pesakit AD,korang perlu ada perancangan
 yang teratur setiap hari termauk la waktu tidur,makan,and 
waktu untuk aktiviti diorang..ni semua untuk mengelakkan rasa kebimbangan and 
memberi perasaan selamat kepada diorang...


2-memberi sokongan kepada pesyakit agar lebih terdikari dan boleh mengekalkan nilai dirinya...
if korang boleh bagi support untuk diorang berdikari...maybe lama kelamaan
 diorang boleh berdikari dengan sendiri..and itu dapat meringankan beban yang korang tanggung...
for your information,diorang selalunya ada perasaan and emosi yang mungkin
diorang rasa x selesa dengan hal-hal
berkenaan dengan diorang disebutkan secara termuka...
so aku syorkan if korang nak sebut pasal diri AD patient ni,baik jangan sebut depan diorang..kalau x,maybe diorang akan rasa tersinggung.... 

3-elakkan percanggahan pendapat secara depan yang boleh memberi tekanan kepada pesakit dan kekalkan kebolehan untuk berjenaka...
korang kena elakkan dari percanggah pendapat,konfrantasi 
atau pun pergaduhan(maksud aku pergaduhan mulut la..)..
korang 'iye'kan je apa yang diorang cakap,jangan sesekali korang menidakkan pendapat yang diorang cakap...sebab itu boleh memberi tekanan kepada pesakit AD..
.if boleh korang kekalkan suasana yang tenang dan lagi baik kalau korang buat lawak...sebab tu boleh mengurangkan tekanan mental pesakit...

4-menjaga keselamatan di rumah
korang kena pastikan kawasan persekitaran nampak biasa or familiar untuk diorang...
contonya dengan album-album lama...
korang bagi je diorang tengok gambar zaman diorang dulu...
then,korang kena kekalkan suasana yang selesa buat diorang..
next,korang sediakan perabot yang selesa dan dapat tampung keupayaan fizikal diorang..
(jangan letak perabot yang tinggi sangat..huhuhu)..
if tikar or wayar yang berserabut kat rumah korang tu boleh buat diorang jatuh,
baik korang ubah ye...
and kalau boleh korang letak la barang-barang elektrik,
benda tajam or yang mudah pecah di luar 
jangkauan pesakit..(soroknya je ye...)...dalam bilik air pulak,
korang pasangkan rel/tempat pegang untuk elakkan diorang terjatuh....

5-galakkan tahap kecergasan dan kesihatan yang baik memlalui pelbagai aktiviti dan senaman...
selalunya doktor akan nyatakan jenis aktiviti yang bersesuaian dengan pesakit 
sebab ni bergantung kepada tahap fizikal pesakit AD sendiri..
macam tok aku....doktor syorkan dia buat teka
 silang kata...sodoku...math..and lain-lain yang berkaitan...
sebab dengan latihan yang dirang buat tu boleh meningkatkan 
daya ingatan and harga diri diorang....

6-komunikasi
if korang bercakap dengan diorang,make sure cakap secara berdepan (eye contact)...
korang mesti la cakap dengan jelas,lembut and perlahan-lahan...
(jangan berbisik pulak ye..haha)...bak kata orang biaq teranq and clear.....
bila bercakap pulak,pastikan korang guna 
perkataan yang mudah difaham and ayat yang pendek...
korang jangan sesekali sakat diorang dari belakang...baik depan...huhu...
kalau boleh korang gunakan la insyarat 'non verbal' yang positif 
contohnya angguk,and senyum tanda korang faham apa yang diorang tengah cakapkan...
yang penting sekali,korang kena la tenang bila diorang selalu
 tanya soalan yang sama berulang kali...
kalau perlu,korang ajak la diorang buat kerja lain...
(jangan ajak main bola sepak pulak...haha)


disebalik korang jaga pesakit AD ni....korang sendiri xakan lari dari tekanan emosi akibat jaga pesakit AD...contohnya korang akan rasa sedih and rasa bersalah...sememangnya tu semua semulajadi untuk korang rasa macam tu...akibat tingkahlaku diorang yang xberapa sesuai atau pun rasa marah kat diorang yang korang sayang...kadangan korang akan rasa korang xlarat nak terus jaga diorang,tapi korang rasa bersalah bila korang pikir macam tu..aku syorkan baik korang bersabar..sebab besar pahala if kita jaga orang yang macam tu..(aku sendiri pernah rasa macam tu...tapi aku nekad untuk terus jaga tok aku selagi dia hidup....)...
cara untuk korang atasi tekanan tu...dengan cara korang bincang dengan saudara terdekat/baik dengan korang atau pun kawan-kawan untuk korang sembang bila korang rasa xada semangat ke...xselesa dala situasi tu ke...sedih ke...kn3...atau pun korang boleh berkongsi pengalaman dengan penjaga-penjaga AD yang lain...selain tu,korang kena cari ruang untuk diri sendiri jugak untuk kurangkan tekanan...contohnya korang tengok tv ke...pergi cuti ke..(tapi biar la time tu ada yang nak ganti jaga tau..)..korang jugak boleh mintak tolong dari family untuk turut bantu korang dalam penjagaan pesakit AD...korang xboleh tanggung beban penjagaan tu sorang-sorang..at least ada yang hulurkan tangan untuk membantu....
if korang ada masalah yang menyebabkan hubungan korang dengan kawan-kawan or family mula renggang...korang jangan salahkan diri sendiri...sebab utama ialah penyakit AD..so,korang jugak xboleh salahkan pesakit AD...sebab diorang sendiri xpernah mintak diri diorang jadi macam tu...dalam korang duk menjaga pesakit AD ni..korang jugak akan rasa kesunyian dan marah...so,nasihat aku...korang patut mintak nasihat dari family or rakan-rakan korang untuk atasi perasaan tu..and korang jugak boleh join dalam aktiviti masjid kelab or persatuan kat tempat korang untuk korang ubati perasaan sunyi korang....


last nasihat aku...korang bersabar la bila korang kena jaga mak,abah,tok or tokwan korang yang mengalami penyakit AD ni..lagi pun,doktor cakap if someone yang mengidap penyakit AD ni,berkemungkinan ada tempoh dalam 2 or 3 tahun untuk diorang survive before they are gone..ni kerana otak diorang dah mula mengecil,and diorang dah xdapat pikir apa-apa lagi dah...and besar pahalanya bila kita bersabar and ada niat untuk terus menjaga diorang semua..and korang xrugi apa pun bila masa korang habis disebabkan menjaga diorang...lagi pun diorang bukan orang lain pun..family korang jugak...(if bukan family..xpe,korang jaga jugak..hehe)...anggap la diorang ni xada sapa lagi....kalau korang nak tau,banyak benda yang korang boleh belajar dariorang yang ada AD ni...apa-apa pun korang kena get ready if something happen..korang kena kuatkan diri and banyak besabar...kalau susah sangat,korang ingat la,if korang yang ada kat tempat diorang,apa perasaan korang masa tu..pikir-pikirkan.....=) 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...